Artis Melayu Menganggap Tatoo Di Badannya Sebagai Hiasan



FOLLOW BLOG BARU AIMI
‘Tatu itu hanya hiasan’ – Amanda Imani

Penyanyi Amanda Imani menjelaskan lakaran tatu yang terdapat pada kaki kirinya hanyalah sekadar pelekat tatu hiasan yang tidak kekal . Amanda, 21, berkata, ia merupakan pelekat yang dipakainya sebagai aksesori ketika mengadakan persembahan pentas dan boleh dibuang pada bila-bila masa dan ia bukanlah tatu kekal seperti mana yang diperkatakan.

“Kelakar rasanya apabila orang perhatikan saya sampai ke buku lali. Tetapi jujur saya katakan itu bukan tatu sebenar.

“Ia merupakan hadiah pemberian rakan saya dan hanyalah pelekat biasa yang kelihatan seperti tatu.

“Saya harap tiada yang ambil peduli tentang gosip remeh itu,” katanya ketika dihubungi.

Amanda diminta mengulas laporan menerusi ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mempersoalkan lakaran tau pada kakinya. 

*p/s : Kalau ye pun nak pakai benda hiasan , jangan lah sampai benda yang dilarang . Nasib boleh tanggal . :P 

1 comment:

najiahs said...

mcm2 la.tujuan nk letak tatu..?erm...