3 Tahun Selepas Graduation. Best Ke Jadi Nurse?

 


Assalamualaikum. Bismillah, after almost 4 years dah tak main blog ni. Tak tahu kenapa tetiba hari ni terdetik hati nak buka and wow quite impress sebab masih ada viewers and comments dari post yang lepas (Best Ke Jadi Nurse?) Rupanya ramai nak tahu tentang nursing ni, maaflah sejak post tu langsung tak buka dah. 

By the way, aimi dah resign dari hospital lama and i moved to KPJ company. Rezeki di luar Perak since i've been married right now so yeahh husband pun kerja di negeri yang sama. Okay, back to comment yang lepas. Actually, nak masuk nursing ni basic science adalah diperlukan. Em rasanya bukan science stream coarse je yang boleh apply. Badan besar or kecil tu rasanya time student dulu ada je yang lebih BMI. Tapi once masuk kerja BMI kena jaga ye kalau tak effect KPI sekaligus effect lah bonus anda hahaha :D

26 Nov 2020, i've received comment "Hi akak, if akak still ada this acc, I just want to say tq for this blog. Btw how your life now. I'm just kinda want to know 😊".

So lepas 3 tahun grad. 2 tahun lebih dah kerja kat KPJ. Aimi kerja dalam OT (Operation Theatre) department as an infection control nurse. Best ke? Well of course! Sangat sangat best. Benda yang pertama yang aimi maksudkan best tu adalah environment kerja. Sangat penting bagi aimi. Dari sini semangat kerja nak datang. Bila seniors, sister and surgeon semuanya supportive, jadi seronok nak belajar lagi dan lagi. Walaupun aimi experienced staff dari ward, tapi once masuk OT. U bermula dari bawah semula sebab management OT sangat berbeza dengan ward.

Sebelum ni aimi kerja kat surgical ward. So bila dah tahu pre and post op management. Now belajar intra op pulak which is kena kenal semua instrument untuk setiap kes. Sangat menarik kan? 


Untuk jadi competent in scrub site ambil masa lebih kurang 6 bulan. Bukan senang nak ingat and hafal step untuk semua kes. Since hospital ni tak buat dedicated OT. So semua disiplin kes kena belajar which is ortho, general. ophthal, gynae, obs. Paling mencabar aimi rasa ortho discipline. Sebab dia banyak kena assemble instrument. Tapi bila dah mahir tak jadi masalah pun.

*contoh instrument untuk ortho case.

Banyak step kena belajar. Dari CSSD sampailah masuk OT. Bila first time scrub case tu, time surgeon datang fuhhh jantung dah nak gugur dah. Nak kenalkan diri yang kita ni staff baru la katakan. Baru nak jinak2 main dengan instrument. Then lama lama okay lah. Bila dah competent then bermulalah oncall day. Merasa lah tak tidur satu malam sebabkan banyak kes emergency. Tapi tu lah orang cakap penat ni hilang bila dapat gaji nanti wkwkwk :P Okaylah tu je kot nak diceritakan. Kalau ada apa apa nak tahu, komen lah. InshaaAllah aimi reply ASAP. Tengah confinement ni banyak masa sikit hahaha :D Assalamualaikum.


p/s : Aimi dah lama sangat tak log in blog ni sampai dah lupa langsung cara nak edit. Kalau korang ada blog tutorial yang update boleh tak tinggalkan link kat komen. Thanks a lot!