Current chapter : Tanda Anda Dipergunakan




Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik 
- Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.

Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain 
- Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.
# Comment : yang ini maybe aku pernah kene . katenya , ''mule-2 rahsie dloo'' . werkk ! 

Berat sebelah 
- Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan.

Masa 
- Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama.

Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda 
- Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar.
# Comment : i'm only 17 ! terlalu awal nakk jmp mak ayah deme . haha . :D 

Dipukul 
- Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup?
# Comment : sekali dy sentuh aku . memang cari pasal . maghah nyh ! haha . :D 

# konklusinya , couple korg ad ke salah satu dari 6 tande diatas . jaga-2 ye . (:

4 comments:

Iera balqis said...

tq ur info..tapi sbelom nie pon sye mmg xsuke nak bercouple..seriesly , sye tawu segelintir kaum adam kat luar sne bkan cinta kte setulus hati mereka , tapi sebaliknya hanya utk dipermaenkan jek..sdey kan dgr mcm tu..nauzubillah =)

Aimi Rahim said...

iera balqis : welcome . couple nyh penat pon ad . lelaki nyh kebanyakannya itu lahh dia . pantang ad mke hensem cket . mle nakk main kan pompuan . susah nakk cari lelaki yg betul-2 setia and ikhlas sekarang . mmg sedeh pon dengar . sedeh ntok pompuan . gembira ntok lelaki . hmm , (:

Noor Maizan said...

duluuu la pernah kene, time cinta anak monyetttt

miss anis said...

buat masa ni belum pernah lagi kena . tak suka couple-2 ni :)