TERKINI : Sorok Mayat Atas Siling .



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Sorok mayat atas siling
Kedai aksesori kereta tempat mangsa dipercayai dibunuh.

TELUK INTAN - Bau busuk yang dihidu seorang pekerja kedai aksesori kereta dalam premis tempatnya bekerja di Bandar Teluk Intan, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang juga majikannya sendiri.

Pekerja berkenaan juga tidak menyangka, cecair merah yang menitik dari siling premis terbabit merupakan titisan darah majikannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.

“Mangsa dikenali sebagai Ken Yong Siang, 36, ditemui dalam keadaan terbaring dan mayatnya disembunyikan oleh suspek di atas siling kedainya sendiri. Berdasarkan keadaan mayat yang mulai mereput, mangsa disyaki telah dibunuh lebih daripada 12 jam.

“Mayat mangsa ditemui salah seorang pekerjanya yang terlihat cecair berwarna merah menitik dari siling kedai berkenaan, selain terhidu bau busuk sejak mula membuka kedai,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sorok mayat atas siling
Kedai aksesori kereta tempat mangsa dipercayai dibunuh.

Kok Liang berkata, salah seorang pekerja mangsa meminta rakan sekerja lain mengelap cecair yang menitik dari siling kedai.

Katanya, pekerja terbabit pula naik ke tingkat atas sebelum terlihat majikannya terbaring berlumuran darah lalu membuat laporan polis.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, mangsa cedera di bahagian kepala, bahu dan lehernya dikelar dipercayai menggunakan senjata tajam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis turut menjalankan siasatan terhadap pekerja mangsa dan mendapati dua daripada pekerjanya hilang tanpa khabar berita sebelum satu pasukan mencari digerakkan,” katanya.

Kok Liang berkata, sehubungan itu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 17 dan 18 tahun yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Katanya, polis akan membawa kedua-dua suspek yang berasal dari Sabah ke Teluk Intan untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat motif kejadian bunuh pemilik kedai aksesori kereta ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

*p/s : Sepandai pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga . Budak baru habis sekolah jadi suspek ? Muda lagi dah pandai buat kerja membunuh . Ishh , bahaya betul !

4 comments:

Mizz Aiza said...

ngerinya.. macam-macam kes sekarang ni..

Shakirah Rosli said...

hish kesiannya x sempat cina tu masuk islam. hee

tenku butang said...

mesti kes dengki khianat ni..

✿ pink velvet ✿ said...

zaman skrg bunuh ni mcm potong ayam je gamaknyer kan? haish!