Murid Cedera Ditanduk Lembu



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Murid cedera ditanduk lembu

Endau : Seorang murid Tahun Satu menerima 30 jahitan di bawah dagu akibat ditanduk seekor lembu yang tiba-tiba ‘naik minyak’ di hadapan Sekolah Kebangsaan Teriang di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, Mariam Umairah Saharudin, 7, menerima rawatan itu di Klinik Kesihatan Endau, selepas diserang haiwan berkenaan di hadapan rakan persekolahan dan bapanya yang menunggu menjemputnya pulang . Kejadian berlaku ketika mangsa yang keluar dari sekolah, menyeberangi jalan sambil ditemani pengawal keselamatan sebelum secara tiba-tiba dia diserang seekor lembu yang sedang meragut rumput berhampiran pintu pagar. 

Hampir kena pijak 

Serangan mengejut itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya dan hampir dipijak ternakan yang dilepas bebas pemiliknya itu, membuatkan orang ramai tergamam . Akibatnya, Mariam terus disondol serta ditanduk haiwan terbabit hingga cedera teruk di dagu sebelum bapanya yang turut menyaksikan kejadian itu bergegas menyelamatkan anak bongsunya itu. 

Bapanya, Saharudin Ramli, 46, berkata dia turut tergamam ketika melihat anaknya diserang haiwan ternakan tidak berkandang itu tetapi sempat menolak lembu berkenaan daripada terus mengganas. 
Beliau berharap pihak berkuasa dan pemilik ternakan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran itu dengan menyediakan kandang supaya kejadian sama tidak berulang.

*p/s : Kesian dia tak bersalah kene tanduk dek lembu . Pesanan kepada tuan punya lembu : Jangan lepaskan haiwan ternakan yang jenis cepat 'panas baran' macam tuh . Merbahaya kat budak sekolah . Tak pasal je dia dapat 30 jahitan .

2 comments:

Unknown said...

kamu ditag !
http://whenmyhandsmeetthekeybroad.blogspot.com/2013/04/1st-baby-giveaway-by-kmliahshm_5.html

Meyra John said...

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/first-giveaway-by-anis.html YOU BEEN TAGGED!!