Lelaki perlu tahu : 30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lelaki !
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan) .
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat !
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian .
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna ! *tahu takkpe . pantang tahu tak*
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif . Misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat . Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut . *alamak ! kantoi sudah >.<*
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu .
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan dari kamu . Teruskan usaha kamu untuk memikatnya .
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya .Tanya dia sendiri ! *jangan nakk cakap je !*
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta . Dia akan sering tertanya-tanya , ''kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal ?''
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri . *ini aku takk pasti . haha*
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya ! *no komen , haha*
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui . *konfem ! haha*
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
27. Senjata wanita adalah airmata !
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap kamu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .
*p/s : yang mana aku bold tuh means aku setuju tahap 99 . Hahaha . Btw , terima kasih sebab sudi membaca artikel ini (: Bagi perempuan , ada tak yang tak setuju or setuju yang amat . Komen lahh . Mana tahu , kita sama ! :D
4 comments:
haaahhhh !! yes !! tepat sekali..wahai kaum Adam..silalah baca dan memahami apa yg disampaikan , hehe
haaahhhh !! yes !! tepat sekali..wahai kaum Adam..silalah baca dan memahami apa yg disampaikan , hehe
haaahhhh !! yes !! tepat sekali..wahai kaum Adam..silalah baca dan memahami apa yg disampaikan , hehe
@GreenSejukhati : Kan kan ? Hahahaha . Mohon kaum adam baca dan komen . :P
Post a Comment