Cara Menjaga Bateri Laptop Dengan Betul .




Assalamualaikum . Sekarang ni , bateri laptop cepat sangat rosak . Kadang kita menyalahkan laptop tak pun jenama laptop yang kononya 'cikai' . Walhal kita yang buat dia , jadi salah kita lah bateri jadi rosak macam tuh . Kadang jenama mahal pun cepat je rosak baterinya . Tetap mahu salahkan jenama laptop ? Haha . Bateri laptop bukannya murah senang - senang nak beli bukan ? Kalau nak murah , beli bateri yang bukan original lah jawabnya . 
Dan fakta yang aimi tahu is : jangka hayat bateri laptop ialah 300 kali cas.

Kat sini aimi nak kongsikan sedikit tips-2 untuk menjaga bateri laptop dengan betul . Antaranya .. (dah macam karangan pulak , haha)

1- Perlahankan volume atau mute volume jika perlu . 
2- Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“ . 
3- Disable bluetooth jika tidak menggunakannya . 
4- Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word. 
5- Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN. 
6- Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya. 
7- Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika. 
8- Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
9- Jangan gunakan CD/DVD. 
10- Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya. 
11- Gunakan cooling pad. 
12- Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas. 
13- Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja. 
14-  Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply. 
15- Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup !

*p/s : Hahahaha . Memang aku takk ikut semua nie :P K menyesal . (baru nak menyesal) . So , aku harap korang dapat manfaatkan apa yang aku dah share nie . Komen lahh sikit . hihi . Byee ~ 

3 comments:

Ara Nadea said...

tips yang sangat bagus. boleh diaplikasikan. thank you!

Unknown said...

saia suka tangggalkan bat laptop,, apa akibtnya eh??
nice entry

♥EKaH TiQToQq♥ said...

info yang bagus :)