Kalau Ikhlas Kenapa Ungkit ?
Assalamualaikum . Tak faham dengan manusia sekarang ni . Kenapa ungkit kalau ikhlas ? Itu ikhlas ke kalau dah mengungkit ? Jadinya tak ikhlas kan . Sia sia je pahala nak menolong tu . Hilang macam tu je . Niat bila nak tolong orang tu biarlah betul-betul jauh di sudut hati yang kita ikhlas . Kalau orang ikhlas , macam mana sekali pun dia takkan mengungkit . Kalau tak ikhlas baik tak payah tolong kalau ada niat lain bukan ?
Orang macam ni apa nak dikata ? Susah nak diubah . Sekali manusia macam tuh , selamanya macam tuh lah . Takkan berubah . Dan bila korang dah tolong sesuatu benda tu , perlu ke korang berkira dengan apa yang korang dah buat sampaikan nak sebut satu-satu bila orang yang korang tolong tu pertikaikan ? Dah nampak kan ada sebab lain ? Sebab apa nak tolong orang kalau ada sebab lain ?
Sebab nak nampak baik di depan mata orang lain ? Atau sebab sengaja nak tunjuk ? Atau ada agenda tersendiri ? Kalau semua benda yang korang tolong nak berkira , nak dicatu semula . Dan bila korang peroleh satu kelebihan , korang tak perlu nak berlagak . Nak tunjuk kat semua orang yang korang tu lebih 'advance' daripada orang lain . Baik korang gunakan kelebihan yang korang ada dengan sebaiknya sebelum Allah tarik kelebihan yang korang ada tu sekelip mata .
Satu lagi , tolong jangan pandang remeh or pandang rendah dekat orang yang korang sendiri tak tahu apa kelebihan yang dia ada . Jangan satu hari nanti korang terkejut dengan pencapaian dia . Jangan lah memperlekehkan orang lain . Mungkin disebabkan korang sedang berada di atas , dan dia berada di bawah .
Korang boleh pandang orang dengan sebelah mata je . Ingat , bumi ni sentiasa berputar . Jangan terlalu selesa degan kedudukan korang sekarang . Assalamualaikum .
p/s : Ini sekadar luahan aku . Takde nak tuju kat siapa - siapa . Kalau ada yang terasa , aku minta maaf awal - awal . Dan maaf lah kalau bahasa sedikit terkasar .
6 comments:
ikhlas dari jauh la tu...
semoga tidak termasuk dalam golongan itu...
sabar ekk
sabar la ya tempuhi hidup ini...
HAKIM | Offical Website
jom join
http://www.iuzira.com/2013/04/chantique-de-mata-beauty-contest.html
Sila semak nama anda. anda mungkin bertuah :) TAHNIAH !
http://www.kanvasdakwat.com/2013/04/pemenang-first-ga-by-kecik.html
biasa la bila menempuh alam kehidupan ni dear
orang ada mcm2 perangai
tak sama dengan yang lain
sabar je la
Kalau ada yang macam ni, mohon lempang je. Hehe =D
Post a Comment