Lelaki perlu tahu : Perkara yang perempuan tak suka !




Assalamualaikum . Sudah menjadi fitrah manusia . Lelaki suka perempuan , perempuan suka lelaki . Bapok suka mak nyah ? Tomboy dengan pengkid macam mana pulak ? Itu elok bagi sup kaki je . Hahaha . Gurau - gurau . Banyak perkara yang perempuan suka tentang lelaki . Dan jangan lupa pulak , ada juga perkara yang perempuan TAK SUKA . Nak tahu apa dia ? Jom baca . ^^


1. Cakap besar - Wanita tidak suka lelaki yang bercakap besar . Biarlah korang seorang yang berkemampuan , anak orang kaya ke , tapi tidak sepatutnya korang menunjuk-nunjuk berlagak dan cakap besar . Elok orang suka kawan dengan korang , tiba - tiba sikap tu keluar . Terus reject ! Tak pasal je . 

2. Kedekut - Jangan sesekali kedekut untuk si dia . Dia mungkin hanya menguji korang . Ramai lelaki yang mungkin ingin berjimat tapi dia lupa sampai bersikap kedekut . Nak bayar makanan pun kedekut susah la kalau kahwin nanti kan ? Kalau kahwin nanti bayar asing-2 lagi agaknya . Jangan jadi macam tangkai jering

3. Sombong - Jangan terlalu sombong . Dia pasti tak suka perkenalkan korang pada kawan dan saudara maranya jika korang seorang yang sombong dan tak suka bergaul dengan orang lain . Bergaul lah dengan ramah dan mesra agar diri korang diterima oleh semua pihak .Ini tidak , bawak berjumpa dengan saudara - mara . Tapi keras macam kayu mulut diam je . Cuba adapt dengan diaorang . Kan lega bila tengok dah mesra . Tak susah kalau dah kahwin nanti .

4. Pemalas - Belum ada ikatan lagi korang dah tunjukkan sikap pemalas korang . Bangun lambat , baju kedut seribu tak bergosok , malas mand i, malas bila disuruh . Ha…kalau dia angkat kaki memang bukan salah dia lah tu . Memang nanti bila kahwin , bini jadi orang gaji dah bukan isteri lagi . Dah semua kerja dia buat , diri tu sikit pun taknak offer menolong . Ehh , pergi balik rumah main tanah liat . 

5. Tidak solat - Nak menjadi pemimpin korang perlu tunjukkan sikap yang baik . Jika baru bercinta dah nampak malas solat , macam mana korang nak bimbing dia jadi hamba Allah yang baik . Tak solat macam mana nanti nak jadi imam pada si dia dan anak-anak korang . Ini kes berat ni , dosa isteri korang yang tanggung . Dosa korang lagi , anak perempuan lagi . Jadi lah pemimpin yang baik ye ?

6. Pengotor - Wanita paling geli lelaki pengotor . Ada sesetengah lelaki gemar meludah merata-rata bila keluar berjalan . Ada juga yang gemar mencungkil gigi lepas makan tanpa menutup mulut , baju pakai berkali-kali sebulan tak basuh walau sudah berbau , kuku panjang dan hitam . Semua benda yang kotor akan wanita perhatikan dalam diri korang dan akhirnya dia akan pergi meninggalkan korang . Baru padan muka ! 

7. Busuk - Bila pengotor mula lah timbul bau yang tak sedap dihidu . Mulut berbau memeningkan kepala si dia sehingga mual . Gigi berkarat mungkin sebab malas gosok gigi atau MEROKOK atau tak memberus gigi dan berkumur dengan betul . Bau badan yang sangat kuat sehingga dia tak selesa berjalan seiringan dengan korang . Jangan buat dia tak mengaku korang boypreng dia sudah . Malu tahu tak ? :)

8. Garang - Jangan lah belum apa-apa dah mula tunjuk taring . Garang tak tentu pasal pada si dia akan buat dia benci pada korang . Belum apa-apa korang dah cuba tunjuk belang pada si dia . Baran tu biar ikut tempay sikit . Sebelum kahwin pun dah macam itu gayanya , lepas kahwin periuk nasi terbang ke kepala agaknya . Mohon dijauhkan ! 

9. Penipu - AWAS ! Bila dia dapati korang menipu dia akan angkat tangan dan say bye bye pada kamu . Bila sekali dahh menipu , tahap kepercayaan tuh dah takde . Tak mustahil korang akan buat lagi . Sorry to say lah . 

10. Merokok - Bukan semua wanita suka lelaki perokok . Aimi sendiri tak suka lelaki yang merokok . Tak boleh bau rokok . Sebab tu benda ni nampak remeh tapi jadi besar pada mereka yang sensitif tak suka pada bau rokok dan perangai suka merokok di tempat awam terutamanya . Nak mati sebelum masanya ke ? Taknak kan ? Buang - buang lahh . Bukan elok untuk kesihatan pun . Buang duit je . *maaf kalau ada yang terasa*

*p/s : Dah baca ? 10 perkara nie memang boleh membuatkan perempuan tak suka dengan seseorang lelaki tuh . Berjaga - jaga ye kaum adam . (:

Yang benar , 
Aimi Rahim 

1 comment:

waddah jannah said...

yapz,, lelaki msti tgk entry ni.. biar sedr sikit..ahaha