10 Restoran Pelik Di Dunia !
1. Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )
Restoran yang menghidangkan sushi di dalam badan manusia. Badan diperbuat daripada makanan dan diletakkan di atas meja bedah, seperti di dalam hospital. Pelanggan boleh “membedah” dimana sahaja mereka mahu dengan membedah badan itu dan memakan makanan di dalam badan itu.
2. Toilet Restaurant ( TAIWAN )
Restoran yang berilhamkan tandas, dihiasi dengan rekaan-rekaan tandas. Pelanggan akan duduk di tepi meja yang diperbuat dari bathtub, kerusinya diperbuat seperti tandas, hidangan makanan juga diletakkan di dalam pinggan dan mangkuk berbentuk tandas.
3. Restaurant in the Sky (BELGIUM)
Restoran yang boleh menampung sehingga 22 orang, terletak pada ketinggian 150 kaki di udara. Meja dan kerusi diangkat oleh kren di mana bayaran boleh mencecah sehingga 8 ribu euro.
4. Dark Restaurant (CHINA)
Restoran yang dicat sepenuhnya dengan warna hitam dan gelap sepenuhnya. Pelanggan akan dibawa masuk ke dalam restoran dan makan dengan menggunakan night vision goggle. Lampu, telefon bimbit dan benda berlampu dilarang dibawa masuk ke dalam restoran ini.
5. Graveyard Restaurant (INDIA)
Restoran ini dibina di atas kubur dengan meja-meja diletakkan di antara 2 kubur
6. Restaurant in a Prison (ITALY)
Restoran yang teletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Pekerja-perkerja restoran adalah banduan penjara itu sendiri yang dikawal ketat oleh warden penjara. Restoran ini cukup terkenal sehingga tempahan meja dilakukan seminggu lebih awal.
7. Robot Restaurant (CHINA)
Pelanggan begitu hairan bagaimana pekerja restoran ini bekerja sehingga 21 jam dalam sehari dan menggelarkan restoran itu restoran robot kerana pekerjanya bekerja tanpa hetni. Persoalan mereka terjawab kerana pekerja restoran ini adalah pasangan kembar seiras!
8. Undersea Restaurant (MALDIVES)
Restoran di bawah laut pertama di dunia, di bawah lautan Hindi. Anda pasti suka..
9. Condom Restaurant (THAILAND)
Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet, hingga kepala pelayannya yang menggunakan kondom. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja kasir.
10. Medical Restaurant (TAIPEI)
Restoran yang bertemakan perubatan, tongkat dihiaskan di dinding restoran, pelayan berpakaian seperti jururawat, dan minuman dihidangkan di dalam botol IV drip!
*p/s : Ishh , kan best kalau Malaysia ada restoran macam nie . Yang menggelikan Condom Restaurant tu . Ishh , takk lalu lah nak makan . Yang lagi satu , macam mana nakk makan kalau dalam keadaan gelap ? Ishh , mahu tercekik tulang . Hahaha :D
2 comments:
alia suke yang Undersea Restaurant (MALDIVES) .. hihihi .. yang lain tak suke .. hehe .. =D nice info .. =)
yang toilet restaurant tu ada la dekat Malaysia, tapi tak ingat dekat mana, Penang or K.L xpasti, tapi orang cina je la pergi..hehe
Post a Comment