Current chapter : Awesome Camp ^^



AIMI AKAN ADAKAN GIVEAWAY PADA 1 MAC INI !


 Annyeounghaseyo ! ^^ I'm back ! Eh , sebelum nie aimi pergi mana ? Aimi pergi camp . Camp apa ? Ini namanya ''Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Dato' Sagor, Langkap'' . Macam mana suasananya ? Haa , kalau nakk tahu tentatifnya . Kunjungi blog GPMS Perak yang tulen lagi asli ni .
 
 Tapi , aimi bukan peserta kat sana . Aimi sebagai urusetia atau pun orang putih kata facilitator . Kali ni aimi bekerjasama dengan Nana . First time tau . Haha . Kursus nie macam aimi pernah bagitahu . Hanya pada hujung minggu iaitu hari jumaat sampai ahad . Bukan kursus ini setiap minggu . Jangan salah faham pula . Maksud aimi , setiap kem ini akan diadakan pada hujung minggu . Nakk tahu minggu depan kem apa pulak ? Haaa , minggu depan ada . Nanti aimi akan update . Masih belum diberitahu . 

 Aimi gerak ke Institut GPMS dalam pukul 6 macam tu . Peserta sampai lewat sikit . Nasib baik . :D Then , aimi jaga kaunter pendaftaran . Ramai pesertanya ! 101 orang . Penat cakap ''terima kasih'' tapi best ^^v . Hahaha , yang penting aku bahagia . Kesah pulak kau ? ^^


 Hari sabtu pulak , part paling best dah sah sah Kembara Minda ! Haaa , banyak benda lawak berlaku sebelum Kembara Minda bermula . Aimi kena beli barang untuk checkpoint dalam kembara minda nanti . Nana takk dapat nak beli sebab ada hal . Jadi aimi kene buat . Aimi , aifaa , shukri , kak huda dan kak mashitah pun keluar lahh dalam pukul 10:30 am mcm tuh . Fikir sekejap lah sebab dua benda je nak dibelinya . 


 Ulat . cengkerik dan mancis . Sampai pukul 12:15 pm , kami takk balik institut lagi . Lepas seorang - seorang call tanya di mana keberadaan kami . Mana taknya , cari ulat & cengkerik pun susah . Memang ambil masa yang lama . Bila dan beli ulat & cengkerik tuh . Aimi pulak naik geli nengoknya . Hahahaha ^^ Yang tak laratnya bila wujudnya manusia yang gila - gila dalam kereta tu . Sakit perut gelak . Hadehh :D


Ini checkpoint yang aimi dengan niesa jaga . ''Telur rare'' diberi nama . 
Ini checkpoint yang lain : 






 Malam sabtu hari Ahad tu , masa umat islam menunaikan solat maghrib , dengar tazkirah dan seterusnya solat isya' . Aimi , kak mashitah , aifaa , kak huda , kak fatin , kak mas dan niesa pergi uruskan yang non - muslims . Hmm , mulanya takk tahu apa nak buat . Mendap je . Puas lah suruh diaorang suggest apa - apa permainan kan ? Tapi , takk berhasil . Lastly , aifaa buat game ''How Many'' . Terus seronok sebab game tuh memang menyeronokkan . Bila dah seronok , mulalah bising kan . Kene lah kawal sikit volume tuh sebab takut didengar orang yang dalam surau . Hahahaha . But , diaorang sporting gila :D


 Hari ni , aimi terpaksa balik awal sebab aimi nakk pergi kenduri ? Gedik kan ? Hahaha :P Nasi ayam pun tak habih bungkus lagi . Nasib yang lain ada . Thanks ^^ Minggu depan aimi datang lagi . In shaa Allah . Korang nak join jugak ? Kunjungi blog GPMS atau page GPMS okay ? ^^

5 comments:

Ainim Suju said...

Umur Aimi berapa? Asal perak ye? Saya dulu ada kenalan student skolah dato sagor tu..dia pun pengawas juga.kenal masa kem penulis muda daerah hilir perak

Aimi Rahim said...

@Ainim Suju : Aimi umur 18 dah . Asal pahang . Tapi berpindah ke Ipoh tahun 2000 . Oh yeke ? Agaknya ada lah orang yang ainim kenal tuh . :)

Mymy Mushie said...

Jom join , hadiah gempak !

http://mymymushie.blogspot.com/2013/02/giveaway-gossip-girl.html

http://mymymushie.blogspot.com/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html

Aimi Rahim said...

@Mymy Mushie : Okay . Thanks comment :D

aien hermionie said...

waaa... best nyer.. teringat zaman sekolah dulu2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...