Assalamualaikum . Bak kata Harith Iskander , perempuan akan cerita start from beginning . Siapa yang dah tengok Lawak Ke Der 2 akan faham . Hehehe :3 So , aku akan cerita sebelum aku pergi Gua Tempurung (GT) ni sampai lah aku jejak ke tempat ni . Jangan risau . Entry ni tak panjang pun . Paling tukar pun 6 perenggan . Hahahaha .
Jumaat , 17 Mei 2013
Macam biasa aku akan pergi ke Institut GPMS . Tapi disebabkan kali ni takde kem . Hanya Program Mentor-Mantee yang perlu kami uruskan pada esok harinya . Jadi aku fikir aku nak pergi malam je . So aku pun takde lahh nak sibuk packing baju lagi . Buat bodoh lagi . Dok online online . Sekali datang lah member aku , Ikhmal SK-II Hadalabo . Hahaha . Aku pun keluar "Ehh ikhmal , aku tak pack lagi . Asal datang ni ?" Dia pun "Oh yeke ? Kteorang nak pergi Taman Polo ni ." Aku pun teruja dah dengar benda tu , terus aku cakap "Nak ikut ?!" Ikhmal pun bagi . Yeayy ! Hehehe :3
Sebelum pergi ke Taman Polo tu , kami pergi ke Office GPMS dulu sebab Kak Mas dengan Abang Sidek ada kat situ . Then bila dah siap - siap semua . Gerak lah ke Taman Polo tu dalam 6:30 petang gitu . Kteorang bantai laksa ipoh kat situ . Abang Sidek belanje . Thanks abang ! :D Then , tak lama Qyla call suruh amek . Then berurutan pulak orang suruh amek . Disebabkan takde kerja dah and rajin berjalan pun . Bincang - bincang semua . First , amek Qyla kat manjoi , Acap kat jelapang , then last sekali Adi kat tol ipoh selatan .
Bila dah kumpul semua , pergi rumah aku pulak sebab aku tak pack baju lagi . Bila dah siap semua , sebelum ke Institut , ofkos lahh penuhkan tanki perut ni dulu . Kteorang makan kat Restoran Tangkal . Why "Tangkal" ? Aku pun tak tahu . Dekat restoran tu pulak tetiba ada cerita hantu china ke jepun . Aku pun tak pasti . Layan dohh cerita tu . Aku bantai menjerit dah macam aku tengok kat rumah aku sendiri je . Hahaha . Seram gila cerita tu . Bila dah tengok cerita hantu , mula lah terbawak - bawak kan . Dah lah bawak motor , mula lah fikir macam - macam . Pecut lahh masa nak ke Institut tu apa lagi . Hahaha .
Bila dah sampai , tak cukup dengan cerita hantu yang tak dapat tengok habis tadi . Kteorang sambung dengan cerita hantu kteorang sendiri . Buat satu bulatan then cerita lah sorang by sorang . Hahahaha . Meremang segala bulu roma . Hahahah . Lambat jugak lahh tidur masa tu . Biasa lahh ada kawan , mula lah mulut ni taknak henti bercakap . Bila lagi boleh lepak macam ni kan ? Nanti semua dah sambung belajar . Kenangan ni tak senang untuk ulang balik . K , sentap sekejap . :)
Institut GPMS , Batu Gajah
Sabtu , 18 Mei 2013
Hari ni aku bangun awal sebab program tu start dalam 8:30 pagi . So siap kan semua tu . Susun kerusi semua . Hari tu jugak GPMS ada buat meeting . Meeting dorang lah kan . Aku bawah umur lagi . Hahaha . Then kteorang just uruskan program kami sampai 12:30 petang . Pagi ni kami kene buat video . Video apa ? Actually esok harinya tu birthday Adi . Jadi kami semua dah plan nak buat surprise untuk dia . Jadi kami buat lah video ucapan untuk Adi . Tapi malangnya aku tak dapat nak tunjukkan kat korang sebab aku tak bluetooth kat ikhmal vid tu . Vid tu serious lawak gila . Haahaha .
Petang tu kteorang tak tahu nak buat apa . Aku pun dah lupa sebenarnya . Jap jap nak ingat . Haa , dah ingat dah . Petang tu kteorang pergi kenduri doa selamat . Then pergi Tesco station 18 untuk preparing malam ni punya . Beli lahh makanan ringan and air . Masa tu Abang Sidek dengan Ikhmal pergi beli kek . Yelahh , nak bagi Adi tak tahu apa apa lahh konon . Hahaha . Then balik Institut jap nak mandi and buat apa yang patut . Cadang nak nengok wayang . Sempat pulak acap buat facial . Buat lahh sekejap . Then gerak ke JayaJusco Kinta . Sekali tengok cerita wayang macam tak best je . So kteorang karok je . Sebelum tu aku dapat calling dari adik aku . Nak tahu apa dia ? Click >SINI< . Malam tu terus pergi rumah Amir Muchlas or nama manja dia "Meme" . Comel gila kan ? Hahahaah
Agak lama jugak lah kat rumah Meme tu . Sampai pukul 11 lebih rasanya . Nak buat surprise party pukul 12 . Alamak ! Sempat ke ni ? Dari Tambun ke Batu Gajah dah lah jauh . Aku dalam kereta sempat lagi tidur . Hahaha . Lena gila aku . Then tak siap prepare lagi . Adi dan Abang Sidek dah sampai . Alamak ! Semua ke posisi masing - masing dengan cepat . Buat reaksi muka selamber je . Hahahaha . Then , surprise ! Blablabla sampai entah pukul berapa . Okay kene tidur awal sebab esok pukul 8 dah kene gerak ke GT . Tidur lahh sebab kepenatan kan .
Apa jadi dengan Ahad & Isnin ? Tunggu aimi publish sambungannya :)
Bersambung DI SINI
sy dtg dari contest , jom join!... http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
ReplyDelete