Siapa Nak Di-review ?



Assalamualaikum . Selamat malam semua . Bosan tak ? If tak tahu nak buat apa . Join lah Random Segment #4 . Hanya 2 hari je segmen tu berlangsung . Nak join ? Click >SINI< . Hope korang lah blogger bertuah tu . Hehehe . Hari ni disebabkan aimi bosan tak tahu nak buat apa . Jadi aimi fikir aimi nak review korang . Tinggalkan link blog korang kat kotak komen . Nanti aimi gunakan khidmat random.org untuk pilih blog siapa akan direview . Berapa blog nanti aimi bagitahu . Sambil tu boleh kenal - kenal nan korang . :) 

Yang benar , 
Aimi Rahim

Kenangan Di Gua Tempurung Part 2



Assalamualaikum . Semalam aimi dah buat entry Part 1 , mohon korang baca yang Part 1 dulu nanti takde lah yang tak faham apa yang aku merepek untuk Part 2 ni okay ? 

Ahad , 19 Mei 2013
Dalam pukul 7 pagi semua dah sibuk kejutkan orang . Aku rasa yang paling lambat bangun . Hahaha . Penat gila rasanya . Then siap siap pukul berapa entah baru lah gerak . Main hon - hon pulak kat tengah jalanraya . Bengong je . Kami gerak dengan 4 motor and 1 kereta . Total semua 10 orang . Sebab minimum nak masuk 8 orang . Ini dia harga and package kat GT yang ada .

click untuk tumbesaran

Mula - mula amek yang no 3 , sekali amek terus no 4 . Yang paling mencabar punya . Tiket dia tak mahal pun kan ? Lepas je beli tiket semua . Mesti lah breakfast dulu . Lapar gila ni . Takkan lahh nak masuk gua dengan perut kosong ? Mahu pengsan dalam gua tu . Hahahaha . Pergi lah beli chipsmore dengan air . Share dengan member aku , Nisa . Beli torchlight pun share . Nampak tak sweet dia ? Hehehee :3

Ini tiketnya . Dah renyuk sebabkan air . Tapi sempat tangkap gambar lagi . Hehehe :3

Then , dalam 10:30 pagi camtuh , kteorang pun masuk . Aku tak ingat berapa group sekali dengan kami sebab memang ramai pun . Then , fasi tu terangkan lah apa benda yang ada dalam gua tu . Dia tunjuk lah ada bentuk muka perempuan lah , bentuk mata lahh , dolphin lah , macam macam lagi lahh . Then dalam package no 4 ni . Kteorang kene naik sebanyak 640 anak tangga dan 210 turun . Huhhh ?! Okay , nak sangat mencabar kan ? Hahahaha :D 

Stage pertama pun kteorang dah mengah . Haduhai ~ Then , bila dah jenjalan je kerjanya . Tangga dia curam tahu takk . Muchlas yang takut tinggi kuat pegang tangan Ikhmal . Dah macam laki bini aku nengok . Badan je besar , tough Muchlas ni . Hahaha . Tiba pulak untuk kteorang menggelongsor ke bawah . Apa ? Kene slide ke bawah ? Tak curam sangat . Tapi kalau dah first time gila tak cuak ? Hahahaha . Nak taknak kene buat jugak kan ? Kalau tidak duduk lah kau sampai esok pagi . Hahaha  

Macam ni lahh rupanya . 

Bila dah sampai ke bawah . Alhamdulillah lega rasanya . Then lepak lahh dalam gelap dulu sementara orang lain pulak . Buat satu bulatan supaya tak berpecah . Masa tu , aku terfikir . Masa kem KPA peringkat negeri dulu , aku buat latihan sampai terkoyak seluar aku disebabkan kain dia nipis . Bila aku tengok seluar aku . Alamak ! Kain nipis lahh ! Haduh , koyak ke huh masa slide tadi . Check check . Okay , memang koyak . Apa nak buat ni . Dah buntu tak selesa kan ? Gila kau , aku ni dah lah perempuan . 

Nasib aku pakai inner labuh sikit . Dapat lah tutup . Aku bagitahu member - member aku suruh guide aku supaya yang lain tak nampak . Tetiba plak kteorang kene daki bukit yang tinggi gila . Dah sah lah kene amek langkah yang besar untuk ke atas kan . Aku rasa mahu terkoyak lagi . Amek lahh langkah kecil , berapa kali tergelincir aku . Kalau aku jatuh , tak tahu lah macam mana . Koma agaknya . Qyla yang banyak tolong aku . Thanks weyh ! ^^

Then kteorang kene turun balik bukit tadi . Dah berapa jam daki turun daki turun , baru lahh jumpa air . Ya allah , memang rasa nikmat air sungai tu . Memang mandi terus lah kat situ . Hahaha . Aku rasa dalam banyak - banyak group . Group kteorang paling bising sekali . Memang macam kanak - kanak Ribena . Hahaha . Then , kteorang kene slide lagi . Kali ni lagi curam . Haduhh gila mcm ni . Aku perempuan kedua turun ke bawah rasanya . 


Orang bawah memang dah sedia sambut . Tapi takut lah jugak kan . Fuhh ! Alhamdulillah . Takde apa apa jadi . Sebelum kteorang patah balik , fasi tu bagi kami rehat dulu . Dia pun penat , kteorang lagi lah kan . Hehehehe . Dia bagi main air lama woo ! Sekali lagi perangai kanak - kanak Ribena kali keluar bila jumpa air . Aku sempat lagi buang pasir dalam kasut . Tapi aku rasa tak guna pun sebab nanti pasir tu masuk balik . Hahahaha . Mula - mula bila tengok ada cahaya , "Wahh dah sampai ! Yeayy !" . Sekali kene patah balik ? Choii ! Aku dah happy masa tu . Hahaha

 
click untuk tumbesaran

Lepas entah berapa minit , kami pun gerak lahh ikut air sungai tu . Seronok ahh dapat main air . Sekali kene meniarap dalam air . Wahh , ini part yang aku suka . Kene masuk dalam air . Hehehehe . Nak taknak kene masuk beb . Kalau nak diri , memang tak lah kan . Hahaha . 

click untuk tumbesaran

Berapa kali entah kene buat macam ni . Walaupun dalam keletihan tapi syok ah dapat main air kan ? Hehehehe . Masa tu dok kacau - kacau member aku . Member dah panas . Hahahaha . Bila dah tempuh segala benda . Then sampai jugak . Aku rasa lebih 3 jam setengah dalam gua tu . Sebab dari 10:30 pagi sampai 3:30 petang . 5 jam weyh sedar tak sedar dalam gua tu . Bila dah takde halangan dah . Apa lagi . Ber-lost world lahh kteorang kat sini .


Dorang kata tempat ada pernah shooting cerita Duyung . Perasan tak ? Tak kisah lah kan . Asalkan masa tu memang kteorang main air gila - gila . Main percik - percik air . Baring dalam air . Ada yang dah macam paus terdampar pun ada . Hahahaha . Bila semua group dah balik , tinggal lahh kami je . Lagi lahh bebas nak main air . Hahahah . Ada yang kasut dia hanyut . Cermin mata hilang . Puas kejar . Hahahaha . Then keluar , mandi lagi . Memang tak reti puas kteorang ni . 

Bila dah salin baru semua , balik lah Institut . Aku macam biasa , asal masuk kereta je . Krooh krooh . Hahaha :D Then pergi cari makanan . Dan ... ada lagi ceritanya . Tunggu sambungannya ye ? Aku dah tak larat nak menaip . Btw , ini lah moments aku dengan Ikhmal , Mierul , Muchlas , Abang Sidek , Kak Mas , Adi , Qyla , Nisa & Acap di Gua Tempurung . Sebenarnya saja buat outing mcm ni sebab masing - masing nak sambung belajar dah . Hope kenangan 19 Mei ni tak pernah pudar dalam ingatan korang semua okay ? 

Aku harap bila dah habis belajar nanti , kita semua dapat berkumpul semula di Institut ni . :) Assalamualaikum :)

Bersambung ...

Review 8 Blog Bertuah & Terpantas !



Assalamualaikum . Hari ni aimi nak tunaikan janji untuk review 10 blog yang korang dah letak link kat page Aimi Rahim tu kan ? Disebabkan ada 13 orang letak , tak salah kalau aimi nak ambil lebih . 7 blog dah direview . Korang boleh tengok kat >SINI< . Sekarang tinggal 6 blog lagi . Blog siapa kah ? Jom kita blogwalking blog dorang . If korang nak direview jugak ? Tunggu post aimi yang kedua ye ? Kalau taknak terlepas , like lah page Aimi Rahim . :)

Blog bertemakan warna ungu . Ramai jugak minat ungu ni ye ? Same lah titew ^^
Blog ni ada resepi tau ! Sesiapa minat memasak boleh lah terjah blog ni selalu .
Header cantik ^^
Navbar kat atas tu kalau boleh kasi buang . Tak cantik lahh dia ada kat situ . :)
Sidebar & navigation semua takde masalah .
Blog pun ringan . Memudahkan orang nak berkunjung .
Rate : 3/5

Blog ni memang aimi kenal sangat link blog dia . Hahaha . Selalunya lebih kenal link blog berbanding owner dia .
Tulisan header dia cantik lah . Apa nama eh ? Hope boleh share :)
Navigate bawah header tu kalau letak dengan gambar lagi awesome rasanya . Hanya cadangan :)
Sidebar pun simple tapi tersusun cantik .
Blog ringan jugak even guna template kan ?
Navbar kat atas tu pun kalau boleh buang . Nampak lagi lawa nanti . :)
Rate : 3/5

First thing bukak blog awak , satu soalan timbul . "Macam mana dia buat header yang kat bawah tu , yang macam awan sikit tu ?" Kalau boleh , ajarkan ye ? Hehehe :3
Lagu dia alamak ! Sedih pulak hati dengar . Huhu
Blog bertemakan warna kelabu pink . Cantik !
Sidebar pun tersusun cantik dengan tajuk sidebar yang dihias mcm tu .
Footer blog ni pun lawa . Buat sendiri or tempah ?
Rate : 3/5

Blog ni terlalu simple tapi rasa tenang bila tengok .
BG blog kalau boleh jangan warna putih jugak sebab tak naik seri . Hanya cadangan :)
Sidebar yang cantik dan ringkas .
Mungkin disebabkan tak banyak widget kat blog ni , blog ni jadi ringan sangat .
Enjoy dengan lagu Criminal - Britney ~ :D
Rate : 3/5

Header blog ni lain dari yang lain . Sangat kreatif !
Blog ringan , takde masalah .
Sidebar tu saya rasa size dia terlampau kecil tak balance dengan post body dia . Hanya cadangan :)
Tulisan blog pun jelas . BG pun comel je hellokitty tu kan ?
Footer pun okay . Navbar tu pun boleh buang sebenaranya :)
Rate : 3/5

Oh , blog ni menang header dari NabilaMedan tu kan ?
Aimi percaya blog ni mesti macam blog kedua aimi jugak . Hanya untuk contest . Hehehehe
Owner blog ni pun rajin exchange link dengan aimi tu sebab aimi kenal sangat dengan nama blogger ni . hehehe
Blog bertemakan warna pink putih . Perempuan memang suka pink pun :)
Sidebar tersusun molek . Suka suka ^^
Rate : 3.5/5

Arghh ! Kenapa header blog korang semua lagi awesome dari aimi eh ? Jelesnya ! Ni rasa nak tempah ni . Hahaha
Blog ni pun aimi kenal sebab selalu menempek kat blog dia . hehe
Blog ni ada macam macam tips untuk korang . Rugi kalau tak baca tau !
Sidebar semua okay . Takde masalah . Kiranya okay lahh ! hehe :D
Rate : 3.5/5

Jatuh hati dengan askar ke ? Eceyy ! Hehe gurau je ~ Tapi itu lah tema blog ni . Unik kan ?
Blog bertemakan warna pink . Ramai perempuan guna warna ni .
Sidebar okay , post body pun okay .
Saya takde cadangan lain sebab blog awak memang dah okay .
Rate : 3.5/5

*Nak tanya korang , kalau aimi tukar URL blog ni . Followers blog ni kene follow balik ke tak payah ? Lagi satu , dah baca komen ye ? Boleh balas kunjungan :)

Yang tengah sedih tak tahu nak sambung belajar kat mana , 
Aimi Rahim

Random Segment #2





Assalamualaikum . Random Segment #2 telah pun dilangsungkan . Segmen ni diadakan di fanpage Aimi Rahim untuk memudahkan syarat . Just click >SINI< dan korang akan memenangi hadiah . Segmen ni dilangsungkan HANYA 2 HARI . Random Segment #1 telah dimenangi oleh Fatin Diana ! Tahniah ! Hadiah otw post . Tunggu masa je . :) Bersabar ye ? Kalau korang nak join Random Segment #2 ni . Korang MESTI LIKE FANPAGE dan komen DONE setelah ikut satu satunya syarat tu okay ? Pergi ke fanpage aimi untuk join . Semoga berjaya ! Hwaiting ! :D Klik >SINI< untuk ke fanpage AimiRahim .