"Aku Saksi Rompakan Itu"
*sekadar untuk hiasan*
Assalamualaikum . Hari ni aku nak share pengalaman aku bila aku menjadi saksi dengan satu rompakan yang berlaku di rumah jiran aku . Jarak rumah aku dengannya tidak jauh . Hanya jalan yang memisahkan rumah kami . Rompakan ini berlaku semalam dan peristiwa yang ngeri ni masih segar dalam ingatan aku . Aku tak tahu dekat mana aku nak mulakan . Tapi aku nak share dengan korang supaya jadi pengajaran untuk korang semua .
Pada hari tu , hari panas terik . Tiada sekepul awan pun datang untuk menutup cahaya matahari . Aku keluar ke halaman rumah dengan tujuan ingin mengangkat kain di ampaian . Tiba - tiba aku terlihat dua orang lelaki yang agak mencurigakan . Melihat penampilan dan raut wajah mereka , aku dapat merasakan mereka dari negeri jiran . Sekarang kan dah ramai pendatang asing dalam Malaysia ni . Cuma , disebabkan aku tidak mahu yang mereka perasan yang aku perhatikan gerak geri mereka . Aku seolah buat endah tak endah .
Tidak lama kemudian , seorang lelaki menyusur masuk ke rumah jiran aku . Aku perhatikan lelaki itu seolah - olah ingin menanyakan sesuatu . Kebetulan pada waktu itu pintu pagar terbuka luas dan pada masa itu juga hanya Mak Ina bersama Echa , anak perempuannya sahaja yang berada di dalam rumah . Ahli keluarganya yang lain semua sedang bekerja . Aku sudah berasa tidak sedap hati . Beberapa minit selepas itu , seorang lagi lelaki meluru masuk ke rumah itu .
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !" Aku mendengar suara nyaring Mak Ina menjerit . Aku terus keluar rumah dan lihat apa yang terjadi . Alangkah terkejutnya aku apabila dua orang lelaki itu membawa Mak Ina dan Echa keluar dari rumah . Mak Ina tidak mengapa - apa cuma perompak itu meletakkan pisau di lehernya dan mengugut semua jiran agar tidak melaporkan kepada polis . Jika tidak , Mak Ina akan dibunuhnya . Berbeza dengan Echa , Echa menangis teresak - esak kerana ketakutan dan kakinya sudah ditikam oleh perompak kejam tersebut ! Aku sudah tidak tahu berbuat apa apa . Sungguh buntu !
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berlari masuk ke rumah dan melaporkan kepada polis . Mungkin perompak itu menghidu apa yang aku ingin buat . Maka dia terus berlari ke arah aku dengan memegang pisau . Aku berani kan diri dengan melawan perompak tersebut . Tiba - tiba ... aku dengar lagu Rembau Most Wanted dimainkan . Aku berasa hairan . "Siapa pulak yang pasang lagu Waris ni?" Rupa - rupanya aku bermimpi ! Bhahaha ! Serious sungguh seram bila ingat balik . Sebenarnya aku selalu dah mimpi rumah kene rompak ni .
Tak tahu lah sama ada hanya mainan mimpi ataupun petanda buruk akan berlaku . Wallahualam . Moral cerita ni , bila korang selalu dok sorang - sorang kat rumah . Pastikan pintu pagar dengan grill korang berkunci . Dan jangan tunjukkan sangat yang korang dok rumah sorang - sorang . Letak selipar banyak - banyak kat depan dan buat bising . *Ini yang aku selalu buat sebenarnya* Har har . Apa - apa pun , Gotcha ! :D Terima kasih kerana sudi membaca karangan aku yang entah apa gred ni . Haha .
Yang benar ,
Aimi Rahim
Wargh! Mati-mati ingat memang betul-betul. Kalau boleh tadi rasa macam nak jerit je. Nasib baik tahan. Hadoiiiiiiiii. -.-
ReplyDeleteP/s: Anyway, goodjob! Hehehe.
Wargh! Mati-mati ingat memang betul-betul. Kalau boleh tadi rasa macam nak jerit je. Nasib baik tahan. Hadoiiiiiiiii. -.-
ReplyDeleteP/s: Anyway, goodjob! Hehehe.
Amboi -..- beriya kite bace mimpe je ? hahak lawakla aimi xD
ReplyDelete