"Aku Saksi Rompakan Itu"




*sekadar untuk hiasan*

Assalamualaikum . Hari ni aku nak share pengalaman aku bila aku menjadi saksi dengan satu rompakan yang berlaku di rumah jiran aku . Jarak rumah aku dengannya tidak jauh . Hanya jalan yang memisahkan rumah kami . Rompakan ini berlaku semalam dan peristiwa yang ngeri ni masih segar dalam ingatan aku . Aku tak tahu dekat mana aku nak mulakan . Tapi aku nak share dengan korang supaya jadi pengajaran untuk korang semua . 

Pada hari tu , hari panas terik . Tiada sekepul awan pun datang untuk menutup cahaya matahari . Aku keluar ke halaman rumah dengan tujuan ingin mengangkat kain di ampaian . Tiba - tiba aku terlihat dua orang lelaki yang agak mencurigakan . Melihat penampilan dan raut wajah mereka , aku dapat merasakan mereka dari negeri jiran . Sekarang kan dah ramai pendatang asing dalam Malaysia ni . Cuma , disebabkan aku tidak mahu yang mereka perasan yang aku perhatikan gerak geri mereka . Aku seolah buat endah tak endah . 

Tidak lama kemudian , seorang lelaki menyusur masuk ke rumah jiran aku . Aku perhatikan lelaki itu seolah - olah ingin menanyakan sesuatu . Kebetulan pada waktu itu pintu pagar terbuka luas dan pada masa itu juga hanya Mak Ina bersama Echa , anak perempuannya sahaja yang berada di dalam rumah . Ahli keluarganya yang lain semua sedang bekerja . Aku sudah berasa tidak sedap hati . Beberapa minit selepas itu , seorang lagi lelaki meluru masuk ke rumah itu . 

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !" Aku mendengar suara nyaring Mak Ina menjerit . Aku terus keluar rumah dan lihat apa yang terjadi . Alangkah terkejutnya aku apabila dua orang lelaki itu membawa Mak Ina dan Echa keluar dari rumah . Mak Ina tidak mengapa - apa cuma perompak itu meletakkan pisau di lehernya dan mengugut semua jiran agar tidak melaporkan kepada polis . Jika tidak , Mak Ina akan dibunuhnya . Berbeza dengan Echa , Echa menangis teresak - esak kerana ketakutan dan kakinya sudah ditikam oleh perompak kejam tersebut ! Aku sudah tidak tahu berbuat apa apa . Sungguh buntu ! 

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berlari masuk ke rumah dan melaporkan kepada polis . Mungkin perompak itu menghidu apa yang aku ingin buat . Maka dia terus berlari ke arah aku dengan memegang pisau . Aku berani kan diri dengan melawan perompak tersebut . Tiba - tiba ... aku dengar lagu Rembau Most Wanted dimainkan . Aku berasa hairan . "Siapa pulak yang pasang lagu Waris ni?" Rupa - rupanya aku bermimpi ! Bhahaha ! Serious sungguh seram bila ingat balik . Sebenarnya aku selalu dah mimpi rumah kene rompak ni . 

Tak tahu lah sama ada hanya mainan mimpi ataupun petanda buruk akan berlaku . Wallahualam . Moral cerita ni , bila korang selalu dok sorang - sorang kat rumah . Pastikan pintu pagar dengan grill korang berkunci . Dan jangan tunjukkan sangat yang korang dok rumah sorang - sorang . Letak selipar banyak - banyak kat depan dan buat bising . *Ini yang aku selalu buat sebenarnya* Har har . Apa - apa pun , Gotcha ! :D Terima kasih kerana sudi membaca karangan aku yang entah apa gred ni . Haha . 

Yang benar ,
Aimi Rahim

Kalau Ikhlas Kenapa Ungkit ?





Assalamualaikum . Tak faham dengan manusia sekarang ni . Kenapa ungkit kalau ikhlas ? Itu ikhlas ke kalau dah mengungkit ? Jadinya tak ikhlas kan . Sia sia je pahala nak menolong tu . Hilang macam tu je . Niat bila nak tolong orang tu biarlah betul-betul jauh di sudut hati yang kita ikhlas . Kalau orang ikhlas , macam mana sekali pun dia takkan mengungkit . Kalau tak ikhlas baik tak payah tolong kalau ada niat lain bukan ? 

Orang macam ni apa nak dikata ? Susah nak diubah . Sekali manusia macam tuh , selamanya macam tuh lah . Takkan berubah . Dan bila korang dah tolong sesuatu benda tu , perlu ke korang berkira dengan apa yang korang dah buat sampaikan nak sebut satu-satu bila orang yang korang tolong tu pertikaikan ? Dah nampak kan ada sebab lain ? Sebab apa nak tolong orang kalau ada sebab lain ? 

Sebab nak nampak baik di depan mata orang lain ? Atau sebab sengaja nak tunjuk ? Atau ada agenda tersendiri ? Kalau semua benda yang korang tolong nak berkira , nak dicatu semula . Dan bila korang peroleh satu kelebihan , korang tak perlu nak berlagak . Nak tunjuk kat semua orang yang korang tu lebih 'advance' daripada orang lain . Baik korang gunakan kelebihan yang korang ada dengan sebaiknya sebelum Allah tarik kelebihan yang korang ada tu sekelip mata . 

Satu lagi , tolong jangan pandang remeh or pandang rendah dekat orang yang korang sendiri tak tahu apa kelebihan yang dia ada . Jangan satu hari nanti korang terkejut dengan pencapaian dia . Jangan lah memperlekehkan orang lain . Mungkin disebabkan korang sedang berada di atas , dan dia berada di bawah .  
Korang boleh pandang orang dengan sebelah mata je . Ingat , bumi ni sentiasa berputar . Jangan terlalu selesa degan kedudukan korang sekarang . Assalamualaikum . 

p/s : Ini sekadar luahan aku . Takde nak tuju kat siapa - siapa . Kalau ada yang terasa , aku minta maaf awal - awal . Dan maaf lah kalau bahasa sedikit terkasar . 

Menang Topup Dalam Giveaway by YayaHatsumi ^^





Assalamualaikum . Hai semua ! Alhamdulillah , aimi menang topup dalam GA tu . Nak tengok buktinya ? Ada tau ^^ No 23 no bertuah :D Tak payah topup dah . Hehehe :3

click untuk tumbesaran

click untuk tumbesaran

If korang join jugak tapi tak check lagi , tekan >SINI< dan >SINI< . Aimi dah PM sponsor . Harapa dia rep inbox aimi :) Byee ~ 

Dua Kalimah Full Movie





Assalamualaikum . Aimi baru je habis tengok cerita Dua Kalimah . Sedih plus insaf sangat . Banyak memberi pengajaran . Kalau korang nak tengok jugak . Klik >SINI< untuk tengok full movie . Selamat menonton ^^

Blog Ditambah Tutorials Section





Assalamualaikum . Alhamdulillah , pemenang MINI GA dah 'selamat' dipublishkan semalam . Nak relaks dulu dari buat GA . Perancangan nak buat second GA nanti - nanti lah ye ? hehehe :3 Sekarang ni , blog aimi bukan penuh dengan kisah hangat je tau ! Baru - baru ni , penangan entry Kes Buli SMK Tun Hussein Onn serta entry Suspek Ditangkap cukup memberangsangkan . Entry ni dapat pageviews tertinggi . Dengan bantuan ping.org , pageviews tuh terus meningkat ^^ terima kasih sebab sudi baca entry tu . 

Sebenarnya , blog ni dah ditambah dengan tutorial section . Supaya mudah untuk newbie or blogger lama nak hiatus blog dorang . Dah banyak tuto dan freebies aimi buat . Dah lama dah buat sebenarnya . Cuma baru sekarang nak share dengan korang . Okay , hope tuto dan freebies tu berguna untuk hiatus blog korang . ^^

Yang benar , 
Aimi Rahim

Wajah Jadi Seram Akibat Pembedahan Plastik




Pembedahan plastik atau dalam bahasa omputih "plastic surgery" , kalau kita tengok banyak artis - artis buat pembedahan plastik ni dengan satu tujuan nak mencantikkan wajah . Kadang dah elok cantik , tapi dah nak dagu panjang sikit , pipi naik atas sikit , hidung bagi mancung sikit . Sampaikan buat pembedahan dengan kos yang murah dan sudah tentulah doktornya tidak diiktiraf . Kononnya nak jadi cantik . Tetapi selepas pembedahan . Wajah bertukar menjadi 'seram' . Menyesal tak sudah ! 

[imagetag]
Hang Mioku , membuat pembedahan plastik buat pertama kalinya pada usia 28 tahun . Akibat pembedahannya separuh jalan , wajahnya menjadi rosak dan besar . Akhirnya dia terpaksa menyuntikkan minyak goreng ke wajahnya . Setelah beberapa sesi lain , wajahnya semakin elok tetapi masih ada bekas luka dan cacat . 

[imagetag]
Jocelyn Wildenstein diduga menghabiskan hampir US $ 4.000.000 pada bedah kosmetik selama bertahun-tahun, dan berakhir sebagai salah satu yang terburuk . Bezakan wajahnya yang asal dengan selepas pembedahan ? Mana lagi cantik . Sayangnya ~ 

Terakhir tapi tidak paling terakhir. Temui italian sosialita Michaela Romanini. Ini pelaku kolagen bibir. 40 tahun, dan menjadi terkenal setelah operasi nya yang banyak.

Operasi tak terhitung Amanda Lepore's telah membuat salah satu nya transexuals dunia yang paling terkenal. Dia menjalani operasi plastik yang pertama pada usia 15 tahun, mendapatkan perubahan seks di tahun terakhir sekolah tinggi, dan operasi yang tak terhitung jumlahnya setelah itu.

*p/s : Bersyukur lah dengan wajah kita sekarang . Allah dah bagi yang terbaik untuk kita :)

Second Giveaway





Assalamualaikum and annyeounghaseyo ! Tengah IM chat dengan member kat Facebook , alang - alang boleh taip entry ni sekali . Huhu . Bila termenung sekejap tadi , rasanya aimi nak buat second giveaway untuk memenuhkan bloglist aimi yang kosong ni . Bila penuh , kan best . Boleh blogwalking diorang tiap hari . Tapi second giveaway ni masih dalam perancangan lagi . Sekarang ni tak boleh lagi sebab MINI GA tak selesai lagi . Siapa yang belum join lagi . Cepat daftarkan diri sebelum 12am ni !

Pencarian sponsor masih belum dibuka lagi . Mungkin akan dibuka sejurus MINI GA ini tamat dengan amannya . Hahaha . Aimi akan terima sponsor barangan post SAHAJA . Sebab nak bagi gempak ! :D Kalau siapa nak book dulu , boleh PM aimi terus ke FB - AimiMuslihah . Nantikan second giveaway dari aimi okay ? Berdebar pula rasanya nak lancarkan yang kedua ni . Fuhh ! Harap dapat sambutan hangat dari semua blogger yang awesome ! 

Yang benar ,
AimiRahim

Serious Sakit Hati !



Assalamualaikum . 2 hari sebelum ni kalau bukak blog aimi mesti dia tulis invited readers je kan ? Sebab apa tiba - tiba aimi 'bungkus' blog aimi ? Hmm , tahu tak aimi sakit hati sangat tengok blog aimi sendiri . Rasa macam "Ya allah , kenapa buruk sangat ?" . Bila tengok blog orang lain , cantik je . Mulalah tension kan ? Bukan blog je tak cantik , pageviews pun dah makin menurun . Aduhai , kenapa ni ? Memang sebelum tutup blog ni aimi tak post satu entry pun . Salah aimi jugak kan ? Hmm . 

Rasa jeles ni makin tinggi bila orang post entry dapat 10k pageviews sehari . Eh , hebatnya diaorang . Mcm mana boleh dapat setinggi itu ? Kalau diaorang boleh , kenapa aimi tak boleh kan ? So , kiranya blog ni bukak buku baru . Korang boleh bagi pendapat tentang wajah baru blog ni . Mana tahu ad part-2 yang buat serabut mata kan ? Okay , thanks reading :)

Pembuli Terus Dimaki Hamun



FOLLOW BLOG BARU AIMI


Assalamualaikum . Sekarang ni memang dah kecoh dekat laman sosial tak kira lah dekat mana pun . Twitter ? Facebook ? Blog ? Semua sibuk bercakap tentang ini . Bermula dari rakam video dan upload di YouTube . Bila orang dah tengok , semua rasa 'panas hati' mulalah mulut ni nak berpuaka je . Sekarang , suspek sudah dikenalpasti dan difahamkan telah dibuang sekolah . Boleh baca entry tentang mereka di >SINI< dan >SINI< .

Dan sekarang pulak aimi tengok di blog - blog dorang . Dorang dimaki hamun dengan teruk . Bertubi - tubi komen di blog mereka . Jangan lah macam tuh . Banyak pahala korang sedekah ke diaorang . Tak fikir ke ? Kata diaorang , diaorang pukul ketua kelas tu disebabkan handphonenya dirampas oleh cikgu . Mungkin angkara ketua kelas tu jugak . Mulanya aimi pun rasa nak hempuk jugak diaorang , tengok lah first entry aimi tuh . hehehee :3

Ini blog IJATSYAFIQ . Satu entry blog dia dipenuhi dengan 200+ komen caci maki daripada masyarakat . Antara komen :-

click untuk lebih jelas

Bila difikirkan balik , tak baik pulak buat kat dorang macam tuh . Memang dah dorang buat salah . Tapi , kita pun ada buat salahkan ? Apa kata kita nasihat dia elok - elok . Budak macam ni , kene cakap baik - baik . Kalau cakap kasar - kasar , jangan harap dia nak ikut . Hope budak ni berubah satu hari nanti . aminnn ~ 

Lagi blog mereka :-
IJATSYAFIQ
AKIMKEDING

Yang benar ,
Aimi Rahim

Tiga Suspek Pembuli Kini Dibuang Sekolah



FOLLOW BLOG BARU AIMI


Assalamualaikum . Klik >SINI< dulu . Sebagaimana yang kita dah maklumkan tentang kes buli di SMK TUN HUSSEIN ONN . Dan suspek juga sudah dikenalpasti . Kini difahamkan bahawa pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak berkenaan . Pelik juga . Tapi , yang terkini aimi dimaklumkan dari sebuah blog menyatakan menurut polis tiga suspek ini telah dibuang sekolah . Korang boleh tengok suspek di >SINI< .

Kes Buli SMK TUN HUSSEIN ONN Kini Tersebar



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Assalamualaikum . Tengah blogwalking blog tadi . Terjumpa pulak satu entry ni . Memang dah tahu pasal sekolah ni . Trending dah kat twitter pun . #IjatSyafiq . Banyak gila tweet pasal dia . Pelik lah . Siapa ijat ni ? Dok terpinga - pinga lagi . Aimi tak tengok vid dia lagi . Tapi , lepas je tengok vid ni . Panas pulak hati aku . Sumpah ! Kalau budak kene buli tuh adik beradik aimi . Aimi takkan diamkan diri . Budak zaman sekarang , pergi sekolah bukan nak belajar ! Budak melayu pulak . Buat malu kaum je dek ! Gambar suspek and vid credit to kak zati (:

Kat bawah ni vid budak tuh kene buli dan suspek yang buli . Hope diaorang dapat pengajaran yang setimpal . Muka hensem jambu hot bagai tapi perangai macam errr . Reject dek ! REJECT ! Apa lah yang tak puas hati sangat dengan ketua kelas tu . Alahai ~ 




1. Luqman Hakim Ahmad (Suspek Utama)




2. Izzat Syafiq Bin Abdullah
BBPIN : 2A9E01F1
SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN



 Ini pula gambar mangsa yang kena buli tu. Kesian kat hang dik. Nama Adli Hakim.


*p/s : Jangan ingat diri tuh dah cukup kuat nak buli orang . Baik belajar tinggi - tinggi . Lagi bagus . Buat malu sekolah & mak ayah je !

TERKINI : Sorok Mayat Atas Siling .



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Sorok mayat atas siling
Kedai aksesori kereta tempat mangsa dipercayai dibunuh.

TELUK INTAN - Bau busuk yang dihidu seorang pekerja kedai aksesori kereta dalam premis tempatnya bekerja di Bandar Teluk Intan, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang juga majikannya sendiri.

Pekerja berkenaan juga tidak menyangka, cecair merah yang menitik dari siling premis terbabit merupakan titisan darah majikannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.

“Mangsa dikenali sebagai Ken Yong Siang, 36, ditemui dalam keadaan terbaring dan mayatnya disembunyikan oleh suspek di atas siling kedainya sendiri. Berdasarkan keadaan mayat yang mulai mereput, mangsa disyaki telah dibunuh lebih daripada 12 jam.

“Mayat mangsa ditemui salah seorang pekerjanya yang terlihat cecair berwarna merah menitik dari siling kedai berkenaan, selain terhidu bau busuk sejak mula membuka kedai,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sorok mayat atas siling
Kedai aksesori kereta tempat mangsa dipercayai dibunuh.

Kok Liang berkata, salah seorang pekerja mangsa meminta rakan sekerja lain mengelap cecair yang menitik dari siling kedai.

Katanya, pekerja terbabit pula naik ke tingkat atas sebelum terlihat majikannya terbaring berlumuran darah lalu membuat laporan polis.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, mangsa cedera di bahagian kepala, bahu dan lehernya dikelar dipercayai menggunakan senjata tajam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis turut menjalankan siasatan terhadap pekerja mangsa dan mendapati dua daripada pekerjanya hilang tanpa khabar berita sebelum satu pasukan mencari digerakkan,” katanya.

Kok Liang berkata, sehubungan itu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 17 dan 18 tahun yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Katanya, polis akan membawa kedua-dua suspek yang berasal dari Sabah ke Teluk Intan untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat motif kejadian bunuh pemilik kedai aksesori kereta ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

*p/s : Sepandai pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga . Budak baru habis sekolah jadi suspek ? Muda lagi dah pandai buat kerja membunuh . Ishh , bahaya betul !

Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati

PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh – Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

*p/s : Ya Allah , masih ada lagi manusia yang tak berhati perut . Kesian baby tuh tak bersalah . Dia tak tahu apa - apa pun . Kalau taknak anak , bagi lah siapa -siapa yang sudi . Bukannya tambah dosa lagi !

Paling Gah Dalam Sejarah !



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Paling gah dalam sejarah

Bukit Jalil: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra di sini, esok bakal mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema ‘Ledakan Geometri’.

Sepanjang acara anugerah ini, konsep kejutan dan ledakan boleh disaksikan penonton melalui kesan penataan cahaya, lampu LED dan audio pada set pentas utama yang berukuran 111 kaki x 80 kaki persegi itu. 

Selain raptai persembahan, majalah kecantikan, fesyen dan gaya hidup, Lisa Malaysia turut menawarkan sesi terapi memanjakan diri kepada kumpulan artis yang mengambil bahagian dan calon Top 5.

Hari ini berlangsung Fiesta ABPBH 2012 di pekarangan Stadium Putra. Acara kemuncak ABPBH disiarkan mulai jam 9 malam esok. Ia boleh ditonton secara langsung di TV3 atau radio Hot FM .

*p/s : Tak sabar nak tengok esok ^^v

Yang benar ,
AimiRahim

Apa Sudah Jadi ?




FOLLOW BLOG BARU AIMI


Assalamualaikum ! Selamat pagi semua :) Klik WEBSITE ni dulu :) Segar rasanya pagi pagi buta macam ni . Hahaha . Tengok tajuk kat atas . Apa sudah jadi ? Apa sudah jadi dengan apa ? Sebenarnya , trafik blog aimi makin menurun menurun dan terus menurun sejak belakangan ni . Apa sudah jadi dengan blog aimi ? Mana pembaca setia aimi lari ? Huhu . Sedih rasanya . T_T


Bila tengok trafik blog makin turun , aimi jadi stress ! *versi Kang Gary* . Jadi , aimi buat blog lagi satu . Klik >SINI< untuk singgah . Follow terus pun takpe . Hehehe :3 Aimi buat MINI GA sempena blog baru tuh dan sambut bulan April yang bagi aimi cukup bermakna . Okay , balik pada tajuk . Jadi , blog yang baru ni khas untuk contest dan ada aimi selitkan tutobies . Mungkin korang serabut kot sebab blog bercampur baur kan ? Hmm ... Sekarang , alhamdulillah . Trafik blog kembali pulih . Terima kasih sangat sebab korang sudi baca blog yang usang ni :')

Tuan blog yang masih sedih ,
Aimi Rahim

Murid Cedera Ditanduk Lembu



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Murid cedera ditanduk lembu

Endau : Seorang murid Tahun Satu menerima 30 jahitan di bawah dagu akibat ditanduk seekor lembu yang tiba-tiba ‘naik minyak’ di hadapan Sekolah Kebangsaan Teriang di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, Mariam Umairah Saharudin, 7, menerima rawatan itu di Klinik Kesihatan Endau, selepas diserang haiwan berkenaan di hadapan rakan persekolahan dan bapanya yang menunggu menjemputnya pulang . Kejadian berlaku ketika mangsa yang keluar dari sekolah, menyeberangi jalan sambil ditemani pengawal keselamatan sebelum secara tiba-tiba dia diserang seekor lembu yang sedang meragut rumput berhampiran pintu pagar. 

Hampir kena pijak 

Serangan mengejut itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya dan hampir dipijak ternakan yang dilepas bebas pemiliknya itu, membuatkan orang ramai tergamam . Akibatnya, Mariam terus disondol serta ditanduk haiwan terbabit hingga cedera teruk di dagu sebelum bapanya yang turut menyaksikan kejadian itu bergegas menyelamatkan anak bongsunya itu. 

Bapanya, Saharudin Ramli, 46, berkata dia turut tergamam ketika melihat anaknya diserang haiwan ternakan tidak berkandang itu tetapi sempat menolak lembu berkenaan daripada terus mengganas. 
Beliau berharap pihak berkuasa dan pemilik ternakan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran itu dengan menyediakan kandang supaya kejadian sama tidak berulang.

*p/s : Kesian dia tak bersalah kene tanduk dek lembu . Pesanan kepada tuan punya lembu : Jangan lepaskan haiwan ternakan yang jenis cepat 'panas baran' macam tuh . Merbahaya kat budak sekolah . Tak pasal je dia dapat 30 jahitan .

Kasihan ! 4 jam dalam neraka 10 warga Myanmar



FOLLOW BLOG BARU AIMI


Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini . Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

*p/s : Sebagai langkah berjaga-2 jangan lah pergi sensorang . Biar lebih takpe asalkan selamat . Sekarang nie bukan tentu dah orang nak culik , rompak segala . Tambah pulak kat KL , eii ! Seram dengar ><

Yang benar , 
AimiRahim

Artis Melayu Menganggap Tatoo Di Badannya Sebagai Hiasan



FOLLOW BLOG BARU AIMI
‘Tatu itu hanya hiasan’ – Amanda Imani

Penyanyi Amanda Imani menjelaskan lakaran tatu yang terdapat pada kaki kirinya hanyalah sekadar pelekat tatu hiasan yang tidak kekal . Amanda, 21, berkata, ia merupakan pelekat yang dipakainya sebagai aksesori ketika mengadakan persembahan pentas dan boleh dibuang pada bila-bila masa dan ia bukanlah tatu kekal seperti mana yang diperkatakan.

“Kelakar rasanya apabila orang perhatikan saya sampai ke buku lali. Tetapi jujur saya katakan itu bukan tatu sebenar.

“Ia merupakan hadiah pemberian rakan saya dan hanyalah pelekat biasa yang kelihatan seperti tatu.

“Saya harap tiada yang ambil peduli tentang gosip remeh itu,” katanya ketika dihubungi.

Amanda diminta mengulas laporan menerusi ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mempersoalkan lakaran tau pada kakinya. 

*p/s : Kalau ye pun nak pakai benda hiasan , jangan lah sampai benda yang dilarang . Nasib boleh tanggal . :P 

100 Followers Dalam Masa 4 Hari ?


FOLLOW BLOG BARU AIMI


Assalamualaikum semua ! Hari ni aimi terkejut sangat bila blog baru aimi dapat 100 followers dalam masa yang singkat . Pelik jugak macam mana boleh jadi macam tuh . Setahu aimi susah nak dapat followers dengan cepat kan ? Mungkin disebabkan blog baru aimi ni aimi buat tutorial dengan freebies .

Alhamdulillah , aimi happy dan bersyukur sangat . Blog tu baru tukar blogskin . Sorry kalau serabut sikit . Masih nak operate lagi . Hahaha . Dan , untuk pengetahuan korang jugak . Aimi ada buat MINI GIVEAWAY sempena ulang tahun dan declare blog baru aimi tu . :) Jom lah join ? Hadiah merupakan barangan post & topup . Bukan barangan blog . Hadiah tuh untuk korang jugak :D
Ini linknya kalau korang nak join or nak freebies or nak tengok tutorial . 
http://aimionlyforcontest.blogspot.com/

Yang benar ,
Aimi Rahim

Teruk ! Lelaki koyak baju teman wanita depan orang ramai .



FOLLOW BLOG BARU AIMI
koyak baju

Seorang gadis bukan saja dihentak dengan topi keledar, malah turut dimalukan kekasih yang mengoyak pakaiannya di depan orang ramai gara-gara perselisihan faham berkaitan telefon bimbit . Menurut sumber, kejadian berlaku di Pandan Indah jam 10.30 malam Jumaat lalu ketika mangsa yang berusia 19 tahun menunggu burger dipesannya siap.

Kekasihnya mahu menggunakan telefon bimbit milik mangsa, namun mangsa tidak memberi kebenaran dengan alasan tiada kredit.

“Teman lelaki mangsa yang berusia 26 tahun enggan mempercayainya dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suspek menghentak kepala mangsa beberapa kali dengan topi keledar,” katanya.
*p/s : Barannya pakwe dia ! Reject buat suami kalau macam ni . Tak reti hormat perempuan langsung . Perempuan diluar sana plus aku pun hope hati-2 . Mungkin pakwe dia syakwasangka yang terlampau kat makwe dia smpi sanggup buat mcm tuh . O.o

HANGAT ! Pengantin lelaki 71 tahun pengsan tengok bakal isteri !



FOLLOW BLOG BARU AIMI

Pengantin tumbang tengok wajah isteri

Assalamualaikum ! Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”

“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu. 

*p/s : Fuyoo ! Sampai pengsan tengok bakal isteri yang transform lepas make-up . Sweet sangat ! ^^ Tak salah kahwin walaupun dah berusia . Lagi banyak pahala dapat :D 

Yang benar , 
Aimi Rahim

Jom join MINI GIVEAWAY !


FOLLOW BLOG BARU AIMI

! Hai Semua ! 


Assalamualaikum . Haa , nampak tajuk atas tu ? Jom join MINI GIVEAWAY ! Giveaway ni penuh dengan misteri . Apa yang misterinya ? Jom lah join ramai - ramai . Ada hadiah untuk TOP REFERRAL tau ! Ehh , hadiah untuk RANDOM pun ada . So , korang kene heboh banyak banyak . Aimi harap MINI GIVEAWAY ni dapat sambutan daripada korang . Terima kasih sangat ! :D Tonyoh banner untuk join .