Cara Membentuk Awning Tudung Dengan Mudah !




Assalamualaikum . Lepas aku dah join semua contest yang ada . Kali ni aku nak buat satu entry yang bagi aku berguna untuk kaum hawa yang berhijab . Hehehe :3 Bila kita nak keluar pergi mana mana , kita mesti nak awning tudung kita terbentuk elok cantik je . Kadang sampai badmood sebab tudung takk terbentuk kann ? Aimi pun kadang sakit hati sampai muncung ke sepanjang keluar tu . Walhal sebab tudung je . Hahaha . Aimi paling tak suka kalau pakai shawl , muka mesti nampak bulat je sebab tudung tu melepet je dekat dahi . Kadang-kadang rasa putus asa juga sebab rumit sangat nak pakai tudung ni . Tapi dalam hati ni tertanya-tanya , macam mana orang lain pakai nampak cantik je .

Haa ,  hari ni aimi nak kongsikan tips agar tudung korang yang lembut tu dapat dibentuk dengan elok dekat wajah korang . Nak tak ? Hehe . 

1. Lilin - Tips ni aimi belajar lepas adik aimi buat research . Haha . Caranya mudah je . Korang gosokkan hujung batang lilin dengan perlahan pada tempat yang korang nak bentukkan . Tujuannya ialah untuk mengeraskan tudung yang lembut tu bagi mendapatkan bentuk yang tajam supaya tudung tu tak jatuh dan menempek di dahi korang .

Korang kena sapukan lilin ni dekat shawl atau tudung dari bahagian leher hingga hujung dahi.. Lepas korang sapu lilin tu, gosok pulak bahagian yang digosok tadi dengan seterika supaya lilin tu cair dan melekat dekat kain tudung tu.

Tapi ingat ! Jangan sapu lilin tu terlalu banyak/tebal sebab nanti nampak pulak tempekan lilin yang lebih terang dari warna asal tudung . Lagi satu , kalau sapu terlalu banyak/tebal nanti tudung korang jadi keras pulak dan susah pulak nak cuci nanti . 

Cara ni paling murah dan jimat . 


2. Fabric Starch - Bisanya fabric starch atau nama melayu nya spray kanji digunakan untuk memudahkan kerja - kerja mengosok pakaian yang banyak kedutan bagi menampakkannya lebih kemas . Korang jangan ingat ia untuk pakaian je untuk tudung/shawl pun sesuai jugak . 

Caranya sama saja . Cuma ia lebih mudah dan cepat.. Hanya sembur pada bahagian tudung/shawl yang ingin dibentuk dan gosok dengan seterika seperti biasa . Tudung tidak kotor dan fabric starch akan hilang setiap kali dibasuh .

Melalui cara ini, korang hanya perlu keluarkan budget lebih sedikit berbanding penggunaan lilin .


3. Anak Tudung Syria - Korang yang pakai shawl mesti pernah cuba pakai anak tudung syria ni kan . Aimi pun pernah pakai anak tudung syria ni dan sekarang aku masih pakai lagi anak tudung ni . Masa mula-mula pakai anak tudung ni rasa tak suka betul bila anak tudung ni melekat dekat kepala dan dahi .

Sebenarnya ada cara untuk membentuk hujung anak tudung syria ni . Caranya mudah je . Gunting/tetaskan jahitan pada hujung anak tudung syria iaitu pada bahagian belakang leher lebih kurang satu pertiga daripada panjang anak tudung tersebut .

Jadinya anak tudung syria tu nanti akan jadi lebih longgar sedikit dan seterusnya dapatlah korang membentuk hujung anak tudung di atas kepala korang tu .


4. Anak Tudung Tutup Leher (Inner Neck) - Bagi korang yang obses dengan shawl macam aimi .Hehe. Aimi cadangkan korang pakai anak tudung tutup leher atau lebih dikenali dengan nama 'inner neck'. Sebabnya , shawl yang kita pakai tu kadang-kadang nipis dan jarang . Jadi demi menjaga aurat kita , pakailah anak tudung yang dapat melindungi helaian-helaian rambut kita daripada kelihatan .

Bagi korang yang kuat berpeluh atau risau rasa panas dan rimas. Ialah , Pakai dua lapisan iaitu anak tudung tutup leher ditambah dengan selendang . Pilihlah inner neck yang dari fabrik kapas kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik .

Apa yang penting adalah pilihlah inner neck yang bersesuaian dengan bentuk muka .Agar tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar dan pilihlah warna yang bersesuaian dengan warna selendang .

*p/s : komen lahh sikit ye ? Kalau nak tanya apa - apa ke . Hope berguna untuk korang semua ^^

5 comments:

Iffah Syahirah said...

satu info yg bagus..saya pon gunekan lilin utk 'keras'kan awning..

Ara Nadea said...

akak dah lama tak pakai tudung bawal.. mmg susah nak bentuk tambah lagi tudung yg lembut.. skrg ni pakai syria je.. sonang.. haha

Nur Syazana zanaSya said...

mmg berguna tp bila sye nk beli inner neck kan mak sye ckp...knape pki mcmtuh...mcmnk tercekik je
-_-

sha my heart said...

tips yang sangat membantu

SAFURA ZAKI said...

Kalau pakai inner neck kan kene pakai anak tudung tak? Macam mana ngn rambut oanjang kalau pakai inner neck?