10 Lukisan Termahal Di Dunia !





Assalamualaikum . Di sini aimi senaraikan 10 lukisan termahal di dunia . Jom tengok ? 


- 10 -

Lukisan berasaskan cat minyak yang berjudulkan Irises ini adalah hasil dari Vincent Van Gogh . Harga sebenar dia $53.9 million meningkat 2 kali ganda menjadi $105.1 million sekaligus tersenarai sebagai Top 10 lukisan termahal di dunia .

- 9 -

Lukisan termahal yg mendapat tempat ke 9 ini jatuh pada Pablo Picasso . Lukisan yg berharga$106.1 million ini diberi judul Dora Maar au Chat ditujukan khas kepada gadis yang bernama Maar ( 29 tahun ) a.k.a gadis yang berjaya membuatkan beliau ( 55 tahun ) cair dan seterusnya dijadikan sebagai suri di hati. 



- 8 - 

Vincent Van Gogh sekali lagi merebut tempat dalam senarai Top 10 lukisan termahal di dunia .. Lukisan berasaskan cat minyak yg berharga $107.++ million dan diberi tajuk Potrait of Joseph Roulin ini kini berada di Museum of modern art , NY city.

                                    - 7 -                                                              - 6 -


 Pablo Picasso mencantas kembali kedudukan beliau dari Vincent Van Gogh dgn mengungguli tempat ke tujuh dan ke enam dalam senarai lukisan termahal di dunia .

Lukisan yg mendapat tempat ke 7 dalam senarai ni berharga sbnyak $110.2 million . Lukisan yang berjudulkan Nude, Green Leaves and Bust ini ditujukan khas buat prempuan simpanan beliau yg bernama Marie Theresa Walter dan juga menjadi rekod sejarah dalam harga bidaan tertinggi di dunia iaitu sebanyak US$106.5 million .

Manakala lukisan yang mendapat tempat ke 6 turut dimiliki oleh Pablo Picasso dgn harga sebanyak$124.3 million. Diberi judul Garcon a la pipe berpandukan model kanak2 lelaki yg memegang pipe dan juga memakai kalungan bunga di kepala bertujuan untuk membezakan erti feminin dan maskulindalam karya beliau yang ini.


- 5 -

Tempat ke 5 jatuh pada artist dari perancis Pierre-Arguste Renoir dgn harga bernilai $136.4 million.Lukisan pada tahun 1876 yang berjudul Bal du moulin de la Galette ini dilukis melalui permandangan sebenar golongan2 pekerja bawahan yg menghabiskan masa petang ahad diorang ngan berpesta , berpakaian seperti org kaya , menari , dan mabuk sampai lewat malam.


- 4 -

Sekali lagi Vincent Van Gogh tersenarai dlm list lukisan termahal di dunia dan mengucapkan bye bye kepada saingan sengit beliau iaitu Pablo Picasso . Lukisan potret diri sendri dengan pembalut luka yang di balut di bahagian telinga kanan lepas dia potong telinga dia sbb x tahan dengar kutukan dari org sekeliling ni menjadikan work dia ni berada di tempat ke 4 lukisan termahal di dunia. Mental mental mamat ni pun work dia ni dah mencecah sampai harga $144.1 million


- 3 - 

Top 3 lukisan termahal di dunia dimiliki oleh Gustav Klimt dgn lukisan beliau yg bertajuk Potrait of Adele Bloch- Bauer I kini berharga $150.2 million yang memerlukan selama 3 tahun untuk disiapkan. Yang menariknya, selain penggunaan minyak , emas juga menjadi salah satu medium yg digunakan untuk menghasilkan work dia ni. Disiapkan sepenuhnya pada tahun 1907 dan telah terjual pada tahun 2006

- 2 -

Lukisan yang aku rasa mcm budak tadika melukis ni mendapat tempat kedua dalam list termahal dunia. Di lukis oleh Willem de Kooning telah terjual dgn harga sbnyak $154 millionWoman III tajuk kepada work dia ni  merupakan salah satu series dalam 6 lagi lukisan dia yg bertemakan perempuan .

- 1 -

Dan tempat pertama dimenangi oleh orang America iaitu Jackson Pollock dgn work yg berjudul No. 5, 1948 ni terlalu abstract untuk difahami .. Lukisan yang dibuat pada saiz 8' x 4 ' ni hanya menggunakan cat kuning dgn cat coklat yg dipercik atas canvas dan membentuk menjadi seperti sarang burung. Work termahal di dunia ini bernilai $156.8 million dan dikatakan akan melonjak lagi harganya sbb ada new buyers yg nak beli dari owner sekarang .

Mungkin ramai bertanya kenapa Potret Mona Lisa dari Leonardo Da Vinci tidak tersenarai dalam top ten pembelian lukisan termahal di dunia . Malah lukisan potret Mona lisa ni tidak tersenarai dalam top 40 pun . Ini kerana potret Mona Lisa tidak dijual pada mana2 pihak tetapi telah di insurankan dgn harga sbnyak AS $100 juta sekaligus dinobatkan sebgai insuran lukisan termahal di dunia dan kalau dikira - kira  nilai harga insuran tuk potret Mona lisa sehingga tahun 2011 ni , telah mencecah sebanyak AS $743 juta .

*p/s : Aimi dah lah lemah seni . Lukisan yang susah nak nampak apa yang dilukis pun tinggi nilainya kan ? Kalau macam tuh , boleh lah nanti Aimi main simbah-2 je cat atas kertas . Dapat nilai tak agak - agak ? Hahahaha .  

1 comment:

Ara Nadea said...

mona lisa paling cantik.. aku tak reti nak nilai seni2 ni.. haha